Friday, December 25, 2015

Tahniah Skuad Jejak Kasih SMK Kota..

Pada hari ini 26.12.2015 (sabtu), satu lagi khabar gembira yang ingin saya kongsikan disini. Skuad Jejak Kasih SMK Kota telah menemukan 2 orang lagi guru kesayangan kami. Cikgu Fatimah Shaerah dan cikgu Nik Rosnah yang sekian lama terpisah dan hari ini telah dapat kami jejaki. 

Terima kasih kepada Skuad Jejak Kasih SMK Kota. Skuad jejak Kasih yang dibentuk oleh Tan Kim Eng, sememangnya layak dan berhak mendapat pujian diatas kecemerlangan mereka. Misi mereka amat jelas untuk terus komited dalam usaha menjejaki seramai mungkin bekas guru dan juga murid SMK Kota 1974-78.

Bergambar bersama skuad Jejak Kasih SMK Kota
cikgu Fatimah Shaerah berpakaian serba biru.

Dari Kiri: Tan, Noraini, cikgu Nik Rosnah,
Nooreha dan Nik Zainun


Saya muatkan sekeping foto guru kami semasa mereka mengajar di SMK Kota pada tahun 1970an. Foto ini yang saya perolehi dari Datin Elani, rakan yang aktif dalam grup dan juga pencetus idea penubuhan Grup SMK Kota 1974-78. 

Cg Fatimah Shaerah sekarang ini tinggal di Jalan Seri Cemerlang Kota Bharu manakala cg Nik Rosnah tinggal di Jalan Dato Lundang. Cg Zainab dan cg Hasnah pula dikhabarkan menetap di Kajang, Selangor. Mereka berdua juga sudah ada dalam radar Skuad Jejak Kasih. Rumah mereka juga akan diziarahi oleh Elani, Wan Zone dan rakan SMK Kota yang bermastautin di Selangor.
Berdiri dari kiri: cg Nik Rosnah,
cg Hasnah, cg Fatimah Shaerah
dan yang duduk tu cg Zainab

No comments: