Wednesday, December 30, 2015

Mini Reunion SRJK /SMK Kota


Terima kasih Cikgu Ainun Rosnani kerana menjemput kami dalam satu majlis kesyukuran untuk meraikan anaknya yang  yang cemerlang dalam PT3, anaknya mendapat 9A dan 1B yang keputusannya diumumkan minggu lepas.

Tetamu yang dijemput terdiri dari bekas Pelajar SRJK (Ing) Kota dan Bekas pelajar SMK Kota. Majlis ini diadakan di rumah Aziz Awang, admin Grup SMK Kota 1974-78, seorang usahawan batik yang kreatif dan telah menjelajah
beberapa buah negara memperkenalan seni reka batik malaysia. 


Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadhiran Cikgu Rashid Ab Rahman iaitu guru yang mengajar kami masa kami darjah 1 di SRJK Kota pada tahun 1968. 
Cikgu rashid memulakan kerjayanya sebagai guru di sekolah ini pada usia 23 tahun,  pada masa itu  umur  kami baru 7 tahun. Setelah lebih 40 tahun kami ditemukan kembali dalam suasana yang agak berbeza. Cikgu rashid ternyata awet muda, masih segak dan bergaya seperti masa mula-mula kami mengenalinya dulu berbanding dengan sebahagian dari kami termasuk ambo sendiri yang kelihatan lebih berumur sedangkan beza usia kami dalam 16 tahun. 


Walaupun sudah lebih 40 tahun, bangunan
 lama SRJK Kota tetap utuh dan masih 
boleh digunakan sampai hari ini

Kami disajikan nasi Komok atau Khao Mok Gai dalam bahasa thai iaitu menu yang begitu popular di selatan Thai. Saya  juga turut sama menikmati menu istimewa ini yang masak sendiri oleh Chef Ainun yang juga seorang guru dan dibantu oleh anak-anak beliau. 

Chef Ainun mahir dalam masakan thai dan kediamannya pula di Rantau Panjang (sempadan Thai) memudahkan beliau mendapatkan bahan-bahan untuk pelbagai jenis masakan. Keenakan dan keunikan Nasi Komok begitu menyelerakan tekak saya dan ramai yang menyukainya.  Selain itu, kami turut dihidangkan dengan nasi dagang, kek dan banyak lagi juadah yang begitu menyelerakan.

Saya juga sempat menyalin resepi Nasi komok dari Chef Ainun untuk dikongsikan oleh rakan-rakan Grup SMK Kota 1974-78:

NASI KOMOK - Chef Ainun Rosnani 

BAHAN-BAHAN: 

  1. 5 cawan beras basmathi
  2. 4 sudu minyak sapi
  3. 4-5 ulas bawang merah* 
  4. 1 Inci halia* 
  5. 4 Ulas bawang putih* 
  6. 3 batang akar ketumbar 
  7. 2-3 Sudu rempah komok 
  8. 200 ml susu cair 
  9. 1 ekor ayam 
  10. 8 cawan air 
  11. garam secukup rasa 
  12. Rempah penumis.

 

CARA MEMASAK: 

  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja) 
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar. 
  3. Hiris nipis bahan bertanda * 
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau. 
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak. 
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili. 
  9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa. 
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

 

BAHAN SOS CILI:

  • 1 Cawan air kuah nasi komok* 
  • 6 biji cili merah* 
  • 2 Ulas bawang putih* 
  • 4 tangkai daun ketumbar* 
  • gula, garam ,cuka (secukup rasa) 

 

CARA MENYEDIAKAN: 

  • Kisar semua bahan bertanda *. 
  • Masak hingga agak pekat. 
  • Perasakan ia dengan garam, gula jika ada guna  nisan kerek dan cuka atau limau nipis secukup rasa. 
  • siap untuk dihidang.                                                








  

  
 
                                     
 



Foto Kenangan SRJK Ing. Kota (1968-73)



No comments: