Tuesday, January 5, 2016

TAHNIAH KOPERASI SMK KOTA BERHAD



Sekolah Menengah Kebangsaan Kota terletak di Kampung Kota iaitu 6 km dari pusat bandar, Kota Bharu. Mengikut sejarah Kampung Kota mendapat namanya daripada Kota Jelasin - Kota yang telah dibina pada 1663 oleh Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong. Kota Jelasin merangkumi kawasan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Stesen RTM Kota Bharu, Sekolah Kebangsaan Kota, Sekolah Kebangsaan Seri Kota dan Sekolah Menengah Kota. 

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Berhad, menjadi salah satu koperasi sekolah terbaik di Kelantan. Koperasi di sekolah ini ditubuhkan pada 31 Januari 1987. 
Bermula dari tarikh penubuhannya, Koperasi ini terus mempamerkan peningkatan yang memberangsangkan. Kecemerlangan ini dibuktikan dengan mendapat penghargaan iaitu pada  peringkat negeri maupun antarbangsa. Di antaranya ialah:  
  1. Anugerah Koperasi 2010
  2. Jualan Teringgi Kebangsaan 2011
  3. Anugerah Koperasi 5 Bintang 2011
  4. Juara Kedua Koperasi Sekolah 2013
  5. Pengurusan koperasi terbaik Kelantan 2013
  6. Anugerah Koperasi Negara 2013 





Pada sidang media selepas melawat koperasi SMK Kubang Kerian, Kota Bharu pada 4 Januari 2016Datuk Kamaruddin Ismail, Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berkata sehingga bulan Disember 2015, tiga buah sekolah mencapai perolehan RM1 juta hasil jualan peralatan dan kelengkapan sekolah selain menyediakan perkhidmatan fotostat, sewa jubah dan tempat letak kereta guru.

Antara koperasi sekolah yang mencapai kejayaan itu ialah SMK Kota, Kota Bharu Kelantan, Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas, Pulau Pinang dan Maktab Rendah Sains Mara,Tun Ghafar Baba, Melaka.

Syabas kepada semua warga SMK Kota, Kami bekas pelajar SMK Kota amat berbangga atas kejayaan ini. Semoga kecemerlangan  ini  dapat dipertingkatkan lagi demi SMK Kota Yang amat kita sayangi.








Pautan:   www.anazkia.com
           :  http://nurhaizachemat.blogspot.my
           :  http://koleksikelantan.com

2 comments:

Haslina said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Juruteknik Perubatan X-Ray said...
This comment has been removed by the author.