Sunday, February 24, 2013

Mini reunion SMK Kota 74-78 di Setapak Indah

azahari, marzuki, wan rohani, wan zone
maimum, zawany, nariah dan elani


Mini reunion ini diadakan dirumah Pn Maimum pada hari sabtu 23 Febuari 2013. Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara sahabat-sahabat yang bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor.


Pertemuan ini benar-benar mengeratkan kembali persahabatan mereka. Elani, Maimum, Wan Zone, zawany, Nariah, Wan Rohani, mereka sebak berpelukan dalam tangisan, melepaskan rindu di dada. Kisah-kisah lama mereka ulang kembali dalam bentuk nyata. Ketawa tidak henti-henti dengan pelbagai cerita mengubat rindu di hati.

Nasi minyak dan lain-lain juadah sentuhan anak murid Cikgu Sepiah menjadi santapan mereka pada tengahari itu. Teratak Puan Maimum di setapak indah menjadi saksi pertemuan hati-hati yang sekian lama memerap rasa rindu setelah lebih 30 tahun terpisah dek jarak dan masa, kerana masing-masing merantau ke negeri lain  untuk mencari rezeki, menuntut ilmu maupun mengejar kerjaya.


Tahniah kepada Ahmad Marzuki dan Nariah yang hadir. Biarpun jauh bukanlah halangan bagi mereka demi menjayakan mini reunion tersebut. Mereka datang untuk tidak menghampakan jemputan Maimum dan Elani. Sesungguhnya Kehadhiran mereka dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu tambah menceriakan lagi majlis tersebut.

Terima kasih kepada Maimum dan famili kerana mengaturkan majlis ini dengan baik sekali. Kami rakan- rakan di Kelantan bangga melihat kejayaan majlis ini dari jauh. Kami bangga mempunyai rakan-rakan seperti mereka.


azahari, syed adli (suami wan rohani) dan marzuki




Marzuki bermotosikal dari Terengganu sanggup datang
bertemu rakan-rakan demi sebuah persahabatan




maimum posing bersama danial dan
khatijah (anak & isteri azahari)




suami dan anak wan zone


No comments: