Sunday, November 29, 2015

Majlis Perjumpaan Dan Ramah Mesra Di Rumah Cikgu Pa/Cikgu Norahani (Wakaf Che Yeh)

Tanggal 27.11.2015 merupakan tarikh keramat buat kami group SMK 1974-1978 kerana pada tarikh itu kami telah dipertemukan dalam satu majlis perjumpaan dan beramah mesra dengan rakan taulan serta guru-guru yang telah lama terpisah dan terputus hubungan lebih dari 37 tahun. Kami berjumpa dalam satu majlis yang sangat meriah dan penuh harmoni di Kampung Wakaf Che Yeh iaitu di kediaman cikgu Hj Mustapha Hj Zakaria dan cikgu Hajah Norahani Hj Muhamad. Mereka berdua mengajar kami di SMK Kota pada tahun 1974-75.






Pertama sekali saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan berbanyak terima kasih khas buat Cikgu Pa dan Cg Norahani yg telah berbesar hati memberi ruang dirumah mereka untuk kami semua menyambung kembali hubungan silaturahim yang terputus sekian lama.

Terima kasih yang tak terhingga kpd guru-guru kami iaitu cg Hasnah, cg Anisah, cg Rahimah, cg Sapinah,cg Syarifah Alawiah, cg Karimah,cg Mek Yam dan cg Nordin yang turut hadhir bagi memeriahkan majlis kita itu. Merekalah yang banyak membantu kami semasa kami menjadi anak didik mereka di SMK Kota. Sejujurnya kami akui tanpa mereka siapalah kami pada ketika ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga kapada rakan-rakan yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis keramat ini terutama Ab Aziz Awang, Saniah Awang, Rohana Ismail, Tan Kim Eng, Nik Zainun, Saripah Abd Majid dan ramai lagi yang banyak membantu untuk menjayakan majlis tersebut.

Pada rakan-rakan (Malay Medium n English Medium) yang telah hadir dan membawa buah tangan diucapkan ribuan terima kasih kerana kalianlah yg telah menyerikan majlis tersebut malah menjadikan lebih meriah.

Kepada Tan,Nik Zainun,Aziz Awang dan Nazula yg telah menghulur sumbangan buah tangan kepada guru-guru diucapkan ribuan terima kasih.

Kepada rakan-rakan dan guru-guru yang tak dapat hadhir pada majlis kali ini mungkin kita berpeluang untuk berjumpa pada majlis yang sebegini pada masa akan datang....InsyaAllah.

Sesungguhnya jasa mereka kita tidak mungkin terdaya untuk  kita balas walau sekuat mana pun kita berusaha. 

Mari kita sama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah SWT sebagai tanda kita mengasihi dan dan mengharapkan keredhaan Allah ke atas diri mereka:

Ya Allah, 
Kau ampunkan segala dosa-dosa kami Ya Allah. 
Kau ampunkan dosa kedua-dua ibubapa kami Ya Allah
Kau ampunkan segala dosa guru-guru kami Ya Allah.

Ya Allah, 
Kau berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup kepada mereka yang pernah mengajar kami walau di mana-mana saja mereka berada.

Ya Allah, 
Kau tempatkan roh guru-guru kami yang terlebih dulu meninggalkan kami bersama-sama orang-orang yang beriman. 

Dan Kau kurniakanlah kepada kami, kedua-dua ibubapa kami dan semua guru-guru kami dengan sebaik-baik ganjaran.


Amin.



Catatan dari facebook Nik Zurainah.

No comments: