Sekalung tahniah kepada rakan2 grup smkkota 74-78 diatas
kejayaan anak2 memperolehi ijazah/diploma pada tahun ini. Sokongan dan
dorongan yang telah diberikan kepada anak-anak kita inilah menjadikan mereka
berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup mereka. Tahniah diucapkan kepada
anak2 semua di atas kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi pengajian dan
kejayaan menamatkan pengajian.
Saya dan keluarga juga berkesempatan menghadhiri konvokesyen anak kedua kami, Muhamad Ikhwan di
USM Penang pada 7 Nov 2014. Sepanjang beberapa jam saya berada di perkarangan Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang, apa yang dapat saya perhatikan…. semua ibubapa dan
sanak saudara yang turut hadhir pada majlis konvokesyen tersebut terpancar wajah riang gembira meraikan kejayaan anak2 maupun ahli keluarga mereka. Mereka semua bergembira meraikan kejayaan dalam suasana yang penuh ceria walaupun berlatarbelakang kehidupan yang berbeza.
Tahniah Nabela..tahniah juga buat Nooreha dan suami |
Sebagai ibubapa, kami tidak meminta balasan. Apa yang
kami lakukan hanyalah menunaikan kewajipan iaitu mendidik anak dengan ilmu
dunia dan ilmu akhirat. Hati kami sudah cukup terhibur setiap kali apabila
anak2 berjaya menamatkan pengajian, satu
lagi yang amat kami harapkan hanyalah
kebahagiaan anak-anak, meneruskan kehidupan di landasan yang diredhai Allah.
Kepada anak2 semua, bersedialah menghadapi cabaran
mendatang dalam kehidupan dengan ilmu
dan pengalaman yang dibekalkan oleh kedua2 ibubapa, guru2, pensyarah2.
Hormatilah mereka sepanjang masa semoga beroleh keberkatan dalam kehidupan
dunia maupun akhirat.
Sumber: FB
No comments:
Post a Comment