Thursday, August 16, 2018

Al-Fatihah Untuk Almarhum Cikgu Mat


Telah pergi seorang lagi hamba Allah yang juga sahabat kami ketempat asalnya...tanggal 15 Ogos 2018, Cikgu Hj Ahmad Pakri pergi meninggalkan isterinya yang tercinta, Nik Zurina, anak-anak, cucu-cucu, saudara mara, adik beradik dan sahabat handai yang lain.

Saya mengenali dan sangat rapat dengan almarhum cg mat, beliau adalah seorang rakan yang baik budi pekertinya, wajahnya yg senantiasa tenang...tutur katanya cukup terjaga……kini tiada lagi suara lemah lembutnya yg bakal kami dengar...

Ya Allah, Kau ampunlah dosa Cg Mat, cucurilah rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan segala kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya. Bersihkannya dari kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih bersih dari segala kekotoran. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.




Kepada semua rakan-rakan, saudara mara dan semua yang mengenali cg Mat agar sedekahkan Al-fatihah untuk arwah yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 8.45 petang kelmarin di kediamannya di kg Binjai Kota Bharu Kelantan.

Berikut adalah dua keping foto kenangan rakan grup smkkota1974-78 bersama almarhum Cg Mat - Foto 17 Mac 2018 di Seribong: 



Kepada rakan grup whatsapp SMKOTA 1974-78 dan laman sosial facebook. Saya ucapkan terima kasih kerana mengirim ucapan takziah,  juga yang menghantar mesej memberi kata2 semangat pada nik zu. sesungguhnya dgn sokongan sahabat2 semua, Nik Zurainah akan dapat melalui dugaan ini dengan lebih tabah.

Foto yang sempat dirakam pada upacara pengkebumian Almarhum Cg Mat:






No comments: