Saturday, October 12, 2013

Pertemuan mengejut di kedai ummi kay

Sebak dan gembira rasanya hati dan perasaan, pabila sejak akhir ini mula muncul tangan-tangan suci yg ingin mengulangi semula ukhwah persahabatan yg telah lama terbiar bagaikan sawah yg tak bertanam padi. Pertemuan pada 12/10 pukul 9.00 malam direstoren Kamariah Ali terasakan begitu cepat berlalu... Tak tersedar jam sudah menjangkau 11.50 anak kecilku mula merengek mengantuk. Perbualan kami begitu jujur bagaikan perbualan masa kita berada di tingkatan 1 hingga 3 dahulu. Pangkat, harta, sijil serta kemegahan mula dilempar jauh. Perbualan serta gurauan kami bersifat "sporting spirit" kata- mengata tanpa ujudnya garis diwajah masing rasa kemarahan. 



Pertemuan kali ini dihadiri terdiri dari rakan-rakan Kampong Bunut Payong, Wakaf Che Yeh, Kampong Pintu Geng dan Kg Paloh. Kebanyakan dari kita rata mempunyai memori yg sama berjalan kaki melalui celahan pohon getah untuk kesekolah. Bawa duit 20-30 sen namun mampu membeli sepinggan nasi dan segelas air sirap. Jarak dari rumah yg agak jauh dari sekolah tak terasa memenatkan. Kerana trend masa tu adalah berjalan kaki. Kalau naik bas Dewan pun terpaksa berjalan kaki dari round about sekolah. Tak tersangka yg tak pernah bertegur sapa suatu masa dulu mula riuh rendah. Rupanya telahan tersilap dulu tak berani untuk menegur mereka kerana mereka ni orang comel. Dan kita pada masa tu seorang pelajar cabuk yg hanya menyanyi lagu Cok Cok Kendong sedang mereka semua sudah pandai menulis lirik lagu cintan-cintan. Sebab tulah pecah panggung pabila cerita "Akhir sebuah Impian" mula ditayangkan. Broery Marantika dgn Yanti Oktavia. Bila muncul filem "Bobby" sedapnya mereka bersosek-sosek sesama. Disaat itu kita hanya duduk disawah padi mencari ikan. 


Kemeriahan pertemuan pada pada kali ini sudah tak terbendung kerana masing-masing berdiri pada landasan yg positif. Terfikir sendirian suasana begini sememangnya susah untuk kita dapat. Buah tutur kita tak pernah sekali mengering gusi dan gigiku yg tinggal 2 batang. Jejak mula membaikki susur persahabatan sejati yg suatu masa dulu kita tak berkesempatan untuk duduk semeja. Kita sering tertanya rakan kita yg lain. Alhamdulillah moga masih ada lagi tangan-tangan suci yg akan menampilkan lagi aksi lain yg lebih ramai kemunculan. Sejujurnya walau pertemuan hanya 2 jam namun memang mampu menampilkan kebahgiaan hakiki didalan penantian saat senja. Pertemuan tidak terlalu formal perlu terujud dan diperhebatkan lagi agar ianya akan terujud sepanjang masa.



Selamat datang diucapkan pd Rohani Nawi, Satinah Ziran, Hasmah Awang dan Rosnani Hassan yang dapat hadir... Terima kasih jua pada Nazula yg bawa mihun goreng yg sedap dan pada Zarina yg bawa pulut ikan masin/ikan rebus serta ummi kay yang sponsor minuman.
Perjumpaan kami dimeriahkan lagi dgn hidangan roti tempayan..



Rosli Salleh
13 Okt 2013

No comments: